Wednesday 18 October 2017

ASB Loan vs Simpan Sendiri




Percaya atau tidak masih ramai lagi Bumiputera masih belum mempunyai akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Especially di Sabah ni. Rugi tau... ASB boleh dikatakan pelaburan BERISIKO RENDAH paling untung dalam Malaysia. Tengok saya kasi caps lock tu perkataan. BOLD lagi. Hehe.

Memang la ada pelaburan lagi untung. Tapi, semakin tinggi keuntungan, selalunya equal to semakin tinggi risiko. Antaranya pelaburan saham, FOREX dan sebagainya. Kalau ASB pula, pelaburan dijamin kerajaan. Walaupun sekarang dividen dan bonus ASB tu makin turun setiap tahun, tetap tidak rugi ba. (My definition of rugi: Duit sendiri berkurangan)

ASB ni modal permulaan dia sangat rendah. RM10 jak boleh sudah buka akaun. Tapi bagus bawa la lebih. Berbaloi juga sikit kan hehe... Pergi la pejabat ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) kalau di KK ni di Asia City, atau mana-mana cawangan bank BSN, Maybank, CIMB dan RHB yang berdekatan. Pejabat pos pun boleh juga. Bawa IC jak. Kalau mau tambah pelaburan nanti, boleh pergi tempat-tempat tu atau online banking pun boleh.

Kalau dulu, ASB ada buku biru yang legend tu kan... Tapi sekarang tidak sudah. Jadi jangan hairan la kalau tidak kena bagi. Macamana mau cek baki? Online saja pun boleh di MyASNB atau boleh minta cek di mana-mana kaunter tadi tu. Tapi online tu tidak boleh transfer duit keluar yaaaa.... Kalau mau tambah pelaburan atau cek baki saja boleh. Mesti pergi kaunter juga baru boleh kasi keluar duit.

Nah, itu juga yang bagusnya ASB ni. Kita boleh kasi keluar duit bila perlu. Maksudnya, duit kita tidak la wajib simpan sana ikut tempoh tertentu macam KWSP atau PRS. Tapi, nama pun pelaburan kan, jangan la pula keluar masuk duit hari-hari. Rajin juga tu tunggu turn di kaunter, macam tidak pernah la tidak ramai orang.

Tips, kalau rasa-rasa perlu kasi keluar ASB, jangan last minute. Kalau ASB offline atau maintenance nanti padan muka. Sebaiknya kasi keluar duit (kalau perlu) selepas hujung bulan, maksudnya, awal bulan berikutnya. Sama juga, paling bagus kasi masuk duit sebelum hujung bulan, jangan tangguh-tangguh bulan depan. Sebab saya pernah terbaca ASB kira bunga setiap hujung bulan.

Yang buat orang kita tidak rajin mau buka ASB ni selalunya sebab salah faham. ASB loan tu optional dari bank-bank yang saya cakap tadi tu (BSN, Maybank, CIMB dan RHB). Memandangkan ASB loan punya marketing lagi hebat, orang fikir ASB ni mesti pakai loan. Setau saya la kan, budak-budak pun ibu bapa boleh bukakan ASB. Jadi jangan sia-siakan peluang ni.

Cakap pasal ASB loan, betul ka ASB loan tu lagi untung berbanding simpan sendiri? Secara teorinya, betul. Kata la loan RM10k (jadi modal masuk ASB) berbanding simpan sikit-sikit (contohnya RM100 setiap bulan), sudah tentu la dividen ASB kalau ambil loan lagi besar dari mula. Kalau RM100 setiap bulan, memang lama lagi la baru jadi RM10k.

Yang bagusnya, loan ASB ni kita boleh terminate (dalam tempoh 3 tahun ada cas penalti dari bank). Maksudnya, kita boleh batalkan loan kita sebelum tempoh sepatutnya, tidak macam loan-loan lain. Duit yang kita bayar bulan-bulan tu dapat juga selepas tolak interest bank. Ya la... fikir bank tu buat kerja amal ka kasi pinjam duit free-free... Sebaiknya terminate selepas tahun ke 4 kalau mau.

Ada juga saya baca orang guna teknik rolling dividen ASB. Contohnya begini, tahun pertama ja bayar pakai duit sendiri, tahun seterusnya bayar bulan-bulan guna duit dividen tahun pertama tu.

Kalau orang yang memang tidak pandai bahagi duit, simpan duit, semua dia mau belanja sampai habis tu ngam la guna loan. Sebab bulan-bulan wajib bayar kan. Tapi kalau duit bayar loan pun tiada sama juga kan? Hehe ukur la baju di badan sendiri.

Kalau pandai simpan sendiri lagi bagus. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tidak apa ba kalau tidak dapat dividen besar dari tahun pertama. Bukan rugi juga kan? (Again, my definition of rugi: Duit sendiri berkurangan) Cuma mau berdisiplin la. Kalau RM100 ja sekali masuk tidak pandai kena tambah-tambah memang sampai ke tua la begitu harap dividen jak. Hehe. Tidak pa... masih belum terlambat.

Persoalannya di sini, pada ekonomi sekarang, yakin ka dividen ASB tu lagi besar dari interest loan bank?




1 comment:

  1. Bagus jgak kLau simpan duit sndri, tapi Lebih efficient kLau meLabur daLam ASB Loan.. kesan dia kita tidak berasa akan kehiLangan duit tersebut maLah kita tak sentuh sesen pun daLam ASB.

    ReplyDelete

ASB Loan vs Simpan Sendiri

Percaya atau tidak masih ramai lagi Bumiputera masih belum mempunyai akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Especially di Sab...